WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Tanda Badan Kurang Air | S121

13 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2026, iaitu hari Isnin, Satu program kesedaran kesihatan bertajuk “Tanda Badan Kurang Air” telah diadakan di NADI Bengoh pada jam 3.00 petang tadi, dengan penyertaan seorang peserta tempatan.

Program ini memberi fokus kepada kepentingan pengambilan air yang mencukupi serta cara mengenal pasti tanda-tanda awal dehidrasi. Antara pengisian utama ialah perkongsian berdasarkan bahan video pendidikan yang menekankan bahawa rasa dahaga bukanlah satu-satunya petunjuk tubuh memerlukan air.

Peserta turut didedahkan dengan kaedah mudah untuk memantau tahap hidrasi melalui pemerhatian warna urin. Warna yang lebih gelap menandakan kekurangan air dalam badan, manakala warna yang lebih cerah menunjukkan tahap hidrasi yang baik.

Selain itu, program ini juga menekankan amalan minum air secara berkala sepanjang hari, terutama dalam cuaca panas, bagi mengelakkan risiko kesihatan seperti keletihan, pening, dan gangguan fungsi badan.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang kepentingan menjaga hidrasi serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali